Hari Terbuka Pusat Internet Repek
27 April 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Repek, Jumaat - 26 April 2019, telah mengadakan majlis hari terbuka. Majlis ini Hari terbuka ini dijalankan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan Pusat Internet (PI) dengan komuniti setempat. Ia juga untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada masyarakat dan dapat mempromosikan perkhidmatan yang disediakan di PI Repek. Program Hari Terbuka ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat setempat dengan aktiviti yang melibatkan komuniti melalui pertandingan, dan sebaran maklumat Klik Dengan Bijak yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung.
Selain daripada itu, melalui pertandingan berkaitan ICT bersama komuniti, PI juga dapat memperkenalkan fungsi sebenar PI serta kegunaan komputer dan internet dalam kehidupan seharian secara positif. Pihak PI juga akan memberi taklimat berkenaan eKelas Portal dengan lebih jelas kepada para pelajar dan ibubapa supaya mereka lebih terbuka dan berminat untuk menggunakan kemudahan portal yang disediakan secara percuma oleh pihak Maxis.
Pihak PI juga menjemput petugas dari kementerian kesihatan untuk memberi Pemeriksaan Percuma kepada komuniti Repek. Antara golongan yang terlibat ialah komuniti Kg Repek, warga Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat dan pelajar-pelajar di sekitar PI Kg Repek. Dengan mengadakan majlis ini, diharapkan dapat merapatkan lagi hubungan PI dengan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: